MASJID BANDARAYA KUCHINGLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Peranan dan tanggungjawab Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching adalah sama memandangkan kedua-dua Bahagian ini melibatkan pengurusan dan pentadbiran Masjid masing-masing di bawah pengurusan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak sendiri.

1

RUMAH ALLAH

Masjid adalah rumah ibadah yang suci yang menjadi tunjang kesucian Islam yang mesti dipertahankan untuk kesejahteraan ummah, negeri dan negara. Kewajipan sembahyang Lima (5) waktu sentiasa dilaksanakan sebagai tanda kebesaran Allah SWT dan kesucian agama Islam.

2

PUSAT PENJAGAAN AL-QURAN DAN TAFSIR

Tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci melalui penganjuran kelas-kelas Al-Quran dan hafazan bagi memastikan Al-Quran sentiasa hidup dan diperdengarkan di Masjid. Tafsiran AL-Quran dan makna ayat-ayat dalam Al-Quran juga diterangkan supaya masyarakat lebih memahami isi kandungan Al-Quran.

3

PUSAT PERCAMBAHAN ILMU DAN FIKIRAN

Tempat percambahan ilmu melalui penganjuran majlis-majlis ilmu, ceramah agama, forum, seminar, dialog dan sebagainya yang boleh menyampaikan ilmu-ilmu agama dan akademik kepada ummah.

4

PUSAT PENDIDIKAN

Melaksanakan program-program pengukuhan ilmu seperti kelas tuisyen Al-Quran dan Akademik untuk anak-anak Islam setempat serta majlis-majlis ilmu kepada ibubapa dan masyarakat sekitar.

5

PUSAT BELIA

Penubuhan satu kumpulan belia secara sukarela untuk mengadakan program-program yang bermanfaat yang dapat menarik minat para belia untuk mendekatkan diri dengan masjid yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.

6

PUSAT PENGANJURAN PERAYAAN ISLAM

Menganjurkan perayaan-perayaan Islam seperti Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban, Isra’ Mikraj, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri & Aidil Adha dan sebagainya.

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 92
  • |
  • Yesterday 164
  • |
  • This week 256
  • |
  • This month 1414
  • |
  • Total 28339

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search