BAHAGIAN PUBLISITI DAN KOMUNIKASI LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Penukaran nama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan kepada Bahagian Publisiti dan Komunikasi adalah hasil perbincangan program Retreat Strategik Pengurusan Profesional LAKMNS yang telah diadakan pada 25 Oktober 2019.

Penukaran nama bahagian ini telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif LAKMNS pada 8 November 2019.

Selaras dengan penstrukturan baharu LAKMNS, Bahagian Publisiti dan Komunikasi memegang tanggungjawab besar dalam mendukung visi baharu LAKMNS sebagai Badan Amanah Islam yang bertaraf dunia.


FUNGSI AM BAHAGIAN PUBLISITI DAN KOMUNIKASI

Menyebarkan maklumat tentang visi, misi, dan nilai nilai teras yang diperkenalkan oleh LAKMNS kepada masyarakat.

Mewujudkan jaringan publisiti dan komunikasi yang strategik dengan agensi-agensi luar.

Mewar-warkan aktiviti-aktiviti LAKMNS di media massa.

Menjadi tulang belakang dalam setiap platform mewakili LAKMNS.


FUNGSI UNIT PENERBITAN 

Menguruskan bahan penerbitan dan keperluan multimedia seperti buku, buletin,laporan korporat,video, poster dan lain-lain berkaitan LAKMNS.

Mendokumentasikan setiap program anjuran LAKMNS terutamanya melibatkan kerjasama agensi lain dalam bentuk video/cd/penulisan/rakaman/gambar.


FUNGSI UNIT PERHUBUNGAN AWAM

Mewujudkan jaringan komunikasi dengan agensi-agensi luar.

Mengurus dan menyelaras pertanyaan, komen atau aduan awam di pelbagai medium perhubungan.

Menjalin hubungan baik dengan pihak luar seperti media, agensi kerajaan/swasta dan NGO yang boleh menaikkan imej LAKMNS.


FUNGSI UNIT ICT

Memastikan keperluan pengurusan ICT selaras dengan perkembangan dan persekitaran semasa untuk diaplikasi oleh LAKMNS.

Melaksanakan kemas kini ke atas butiran-butiran dan maklumat yang dipaparkan pada laman web LAKMNS.

Menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan untuk keperluan ICT LAKMNS.

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 98
  • |
  • Yesterday 164
  • |
  • This week 262
  • |
  • This month 1420
  • |
  • Total 28345

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search