BAHAGIAN PELAJARANLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Salah satu peranan LAKMNS adalah menyediakan kemudahan pendidikan bagi umat Islam di negeri Sarawak. Bermula pada tahun 1997, Pusat Kecemerlangan MASJA-SA mula beroperasi dengan menawarkan kelas Al-Quran dan kelas tuisyen akademik . Pada tahun 2010, LAKMNS melangkah setakuk lebih tinggi untuk memperluaskan peranannya melalui pendidikan tahfiz dengan penubuhan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Bahagian Pelajaran telah ditubuhkan pada 2013 untuk mengawal selia dan memantau operasi Pusat Kecemerlangan MASJA-SA dan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub.

FUNGSI DAN PERANAN

Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik dalam usaha melahirkan generasi berilmu yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Memperkasakan pengurusan TATTARY dan PKM-SA.

Memantapkan program-program yang disediakan bagi mencungkil bakat, potensi dan minat pelajar.

Mengadakan jaringan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pihak luar untuk meningkatkan kualiti institusi pendidikan LAKMNS.

  • TADIKA TAHFIZ TUN ABDUL-RAHMAN YA’KUB

    Penubuhan Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub adalah hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada tahun tahun 2006. Ianya merupakan kesinambungan daripada program Pusat Kecemerlangan MASJA-SA yang telah dilaksanakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula sejak tahun 1997 sehingga sekarang.

    Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub merupakan satu hasrat bagi merealisasi dan melahirkan generasi Al-Quran bermula dari usia empat hingga ke enam tahun (pra-sekolah).

    Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikelolakan sepenuhnya oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

     

    VISI

    Membangunkan Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Islam Dan Al-Quran Yang Unggul Di Sarawak Bagi Menghasilkan Generasi Al-Quran.

    MISI

    Membina Program Pendidikan Islam Dan Al-Quran Yang Bersepadu Dan Menyeluruh Serta Mencakupi Bidang Ilmu Dunia Dan Akhirat.

  • PUSAT KECEMERLANGAN MASJA-SA

    Pusat Kecemerlangan MASJA-SA Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) ditubuhkan pada tahun 1997 hasil daripada ilham Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Ketua Menteri Sarawak yang bertujuan untuk menanamkan asas yang kukuh ke dalam diri pelajar dengan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu.

    VISI

    Menjadi pusat kecemerlangan terbaik yang menjamin kecemerlangan pelajar dalam al-Quran dan akademik

    MISI

    • Menyediakan prasarana terbaik kepada pelajar khususnya kualiti guru dan bahan pembelajaran.
    • Menyediakan program motivasi untuk membentuk pelajar menjadi insan bersahsiah tinggi, berilmu, berdisplin dan tegar menhadapi cabaran.
    • sebagai ‘One Stop Centre’ pendidikan Al-Quran dan Akademik.

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 118
  • |
  • Yesterday 422
  • |
  • This week 1243
  • |
  • This month 1243
  • |
  • Total 49290

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search