iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

WHO AM I 3.0

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

1 Januari 2023 - Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-masjid (JPMM) Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir hari ini menyatakan LAKMNS berhasrat untuk menjadikan aktiviti masjid sebagai platform untuk meningkatkan jati diri dari kalangan belia.

 

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penangguhan Program "WHO AM I?" anjuran Kelab Belia MASJA-SA LAKMNS. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (KPBMJ).

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut bermula pada 30 Disember 2022, bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, telah disertai 49 orang terdiri daripada belia berusia 15-18 tahun.

Program “WHO AM I?” bertujuan untuk melahirkan para belia yang memiliki keazaman untuk cemerlang berdasarkan set kemahiran, ilmu dan teknik yang diperolehi sepanjang program. Sepanjang 3 hari program berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti latihan dalam kumpulan, tahsin solat, memanah, qiamullail dan banyak lagi aktiviti.

Turut mengujakan para peserta juga adalah mereka dapat merasai suasana kemeriahan bunga api sempena sambutan tahun baru melalui aktiviti 'night walk'.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 233
  • |
  • Yesterday 481
  • |
  • This week 1780
  • |
  • This month 4428
  • |
  • Total 432501

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search