iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS PENANGGUHAN RASMI FESTIVAL MAAL HIJRAH 1444H/2022

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Festival Maal Hijrah 1444H/2022 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak hari ini melabuhkan tirainya setelah berlangsung sejak 29 Julai yang lalu. Perasmian majlis penangguhan ini telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusuf, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

 

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Haji Abang Abdul Wahap menyatakan bahawa festival ini adalah sebagai platform untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baharu 1444 Hijrah di samping sebagai usaha untuk mengimarahkan masjid. Selain itu, ianya juga adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat, berlandaskan nilai-nilai agama melalui pengisian program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

 

Tambahnya, penganjuran festival ini adalah suatu pendekatan yang inovatif serta dinamik bagi LAKMNS dalam mendekati masyarakat, terutamanya golongan belia untuk mendekati institusi masjid.

 

Sepanjang tiga hari festival berlangsung, pelbagai aktiviti telah disusun, antaranya pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, marhaban, hadrah, pencak silat dan pertandingan mewarna, bercerita dan azan bagi kanak-kanak. Selain itu, turut berlangsung adalah pameran daripada agensi-agensi awam dan swasta serta kiosk kerjaya dan pendidikan.

 

Festival ini telah mendapat tajaan daripada beberapa pihak, antaranya Takaful Ikhlas General Berhad, Lubuk Tiara Sdn Bhd, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan Senari Synergy Sdn Bhd . Selain itu, TV Sarawak (TVS) turut serta sebagai media rasmi. Beberapa agensi turut menyumbang dari segi logistik dan teknikal, antaranya, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Trinikens Berhad dan SPay Global.

 

Turut berlangsung pada majlis penangguhan ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang utama bagi pelbagai pertandingan yang berlangsung sepanjang festival, serta penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 720
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 3006
  • |
  • This month 18741
  • |
  • Total 708365

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search