iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS KORBAN AIDILADHA 1443H/2022M

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada 10, 11, 12 dan 13 Zullhijjah dengan matlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke-2 hijrah bersamaan dengan perintah sembahyang sunat Aidiladha dan zakat.

 

 

Alhamdulillah, pada 11 Julai 2022 bersamaan 11 Zullhijjah pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak melalui Kelab MASJA-SA dan Koperasi MASJA Kuching Berhad telah berjaya menyempurnakan ibadah korban sebanyak 2 ekor lembu.

Pelaksanaan majlis pemotongan daging telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS merangkap Pengerusi KOMASJA, Puan Nona Zaharia Binti Fadzi, Ketua Pegawai Jabatan Kewangan merangkap Timbalan Pengerusi KOMASJA dan Encik Nuraiman bin Omar, Ketua Bahagian Masjid Bandaraya Kuching merangkap Pengerusi Kelab MASJA-SA.

Majlis kali kedua ini telah berjalan lancar hasil kerjasama kakitangan-kakitangan LAKMNS dan agihan daging korban telah pun disampaikan kepada mereka yang layak di sekitar Petra Jaya Kuching.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 429
  • |
  • Yesterday 855
  • |
  • This week 4114
  • |
  • This month 14874
  • |
  • Total 704498

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search