iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS SINAR SYAWAL BAITUL MAKMUR

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

23 Mei 2022 – Hari ini Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengadakan Majlis Sinar Syawal Baitul Makmur bertempat di Baitul Makmur 2. Majlis ini bertujuan untuk meraikan sambutan bulan Syawal di samping untuk mengeratkan tali persaudaraan antara satu sama lain.

 

 

Jemputan adalah terdiri daripada kakitangan kementerian, jabatan serta agensi yang terdapat di Bangunan Baitul Makmur 1 dan Baitul Makmur 2. Dianggarkan seramai 2000 jemputan hadir pada majlis yang bermula 10.00 pagi.

 

Turut hadir pada majlis ini adalah YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi kerajaan.

 

Menyambut ketibaan tetamu adalah Setiausaha Kehormat LAKMNS Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, dan Pengurusan Kanan LAKMNS.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 552
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3913
  • |
  • This month 21085
  • |
  • Total 687719

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search