iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

"WUJUD JENTERA KERJA YANG DINAMIK"

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

16 Februari 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) YBhg. Datuk haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai menyeru kakitangan LAKMNS untuk mewujudkan satu jentera kerja yang mempunyai ciri-ciri yang dinamik, selain memiliki kelebihan dalam melakukan pelbagai tugasan (multi-tasking).

 

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Kursus Induksi Kakitangan LAKMNS 4.0 yang berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula 15 Februari 2022, disertai oleh 36 orang kakitangan baru LAKMNS daripada pelbagai jawatan serta bahagian. Program ini adalah sebagai pengenalan kepada jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian yang membentuk organisasi LAKMNS. Selain itu, para peserta turut melakukan aktiviti berkumpulan sebagai objektif untuk mewujudkan nilai kerjasama di kalangan peserta.

 

Dalam ucapannya juga, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap turut mengingatkan kakitangan LAKMNS memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk meningkatkan imej korporat LAKMNS selari dengan visi ke arah badan amanah Islam yang bertaraf dunia. Ujarnya, kakitangan LAKMNS juga perlu meningkatkan nilai integriti di samping menambahbaik elemen sikap, kemahiran dan ilmu (attitude, skill and knowledge – ASK) dengan harapan ianya akan menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

 

Turut hadir pada majlis penangguhan tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, serta Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 784
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 3070
  • |
  • This month 18805
  • |
  • Total 708429

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search