iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

SOLAT SUNAT AIDILADHA 2021/1442H

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini menyertai orang ramai menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

 

 

Solat sunat telah dipimpin oleh Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Masjid Negeri, yang kemudiannya turut menyampaikan khutbah yang bertajuk “Pengorbanan Dalam Menempuh Ujian”.

 

Turut sama menunaikan solat sunat Aidiladha adalah beberapa menteri kabinet negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Menyambut para tetamu kenamaan adalah Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato’ Hussein, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, serta Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

 

Manakala di Masjid Bandaraya Kuching, solat sunat Aidiladha dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Haji Sana’ani Haji Fauzi yang turut menyampaikan khutbah. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak, solat sunat Aidiladha adalah dibenarkan untuk diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak terhad dengan 500 jemaah, manakala untuk Masjid Bandaraya Kuching, jemaah hanya dihadkan kepada 150 orang sahaja.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 480
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 2766
  • |
  • This month 18501
  • |
  • Total 708125

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search