iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS ISLAM PERKUBURAN SEMARIANG

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING, 24 Disember 2020: Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusara Islam Semariang (SICC) telah diadakan dan disempurnakan oleh YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Islam dan DBKU.

 

Kompleks yang dibina ini direka berteraskan Moden Islamik dengan pelbagai kemudahan yang berfungsi sebagai pelengkap urusan fardu kifayah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dalam ucapan mengatakan, kompleks tersebut dibina dengan memenuhi semua elemen keperluan di bawah satu bumbung.

 

Katanya, kompleks akan dilengkapi dengan surau untuk menyempurnakan solat jenazah dan jika ada keperluan ruang yang lebih besar maka dewan terbuka juga boleh digunakan. 

 

Menurutnya, pejabat pentadbiran kompleks akan menempatkan kakitangan Bahagian Tanah Perkuburan (BTP) yang bertindak sebagai pentadbir Tanah Perkuburan Semariang dan unit khairat (pengurusan jenazah). 

 

Beliau menjelaskan, keperluan dan kemudahan untuk waris dan sahabat handai juga tidak diabaikan dengan penyediaan ruang menunggu serta tandas yang selesa. 

 

"Kami juga tidak ketinggalan dengan arus pemodenan masa dengan pembinaan kompleks ini juga akan menggunakan teknologi hijau dalam pengendaliannya. 

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Noor, Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 308
  • |
  • Yesterday 855
  • |
  • This week 3993
  • |
  • This month 14753
  • |
  • Total 704377

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search