iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENYERAHAN MA'HAD TAHFIZ TUN ABDUL-RAHMAN YA'KUB (MATTARY)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING,22 DISEMBER 2020 : Bermula 1 Januari 2021, pentadbiran Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) diambil alih oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

 

 

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) penyerahan di antara LAKMNS dan MIS yang disaksikan Ketua Menteri merangkap Pengerusi LAKMNS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

 

Bertempat di Patary, majlis ringkas yang berlangsung pada sebelah petang itu menyaksikan LAKMNS diwakili oleh Setiausaha Kehormat Tan Sri Bujang Mohd. Nor dan Ahli Lembaga Drahman Jaladin, manakala MIS diwakili Yang Di-Pertua MIS Datuk Misnu Taha dan Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin. 

 

Sementara itu, Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (Tattary) di aras bawah Masjid Jamek Negeri masih di bawah kelolaan LAKMNS. Tattary telah beroperasi selama 11 tahun dengan purata pengambilan murid seramai 275 orang pada satu-satu masa telah menyumbang kepada peratusan tertinggi kemasukan murid Tahun 1 di Mattary dengan melepasi ujian kelayakan.

 

Terdahulu pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Mattary pada 9 Disember lalu, Ketua Menteri telah mengumumkan penyerahan Mattary daripada LAKMNS kepada MIS berikutan perbelanjaan sekolah berkenaan amat tinggi. Katanya, oleh kerana faktor kewangan itu maka adalah lebih baik ia diambil alih serta diuruskan Kerajaan Sarawak bagi memudahkan urusan penyaluran dana bagi perbelanjaan operasi. 

 

Mattary mula ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah dikendalikan oleh LAKMNS sejak awal penubuhannya termasuk dalam aspek merangka pelan pentadbiran dan pengurusan serta pembinaan kompleks Patary dengan perbelanjaan sebanyak RM22.81 juta.  Kompleks ini mempunyai keluasan 20.8 ekar dan menyediakan sebanyak 18 kelas serta bilik-bilik untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran (PdP).

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 846
  • |
  • Yesterday 767
  • |
  • This week 3676
  • |
  • This month 14436
  • |
  • Total 704060

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search