iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PELANCARAN INFORMATION KIOSK MASJID BANDARAYA KUCHING

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING (5 November 2020) - Pengunjung Masjid Bandaraya Kuching kini boleh mendapatkan maklumat sejarah mengenai masjid tersebut melalui information kiosk yang ditempatkan di sini. Majlis pelancaran kiosk tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

 

Pemasangan kiosk ini merupakan kerjasama di antara Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), sebagai salah satu inisiatif projek Kampung Heritage Trail, iaitu salah satu projek kerajaan negeri untuk memelihara warisan sejarah.

 

Pemilihan Masjid Bandaraya Kuching adalah berdasarkan rekodnya sebagai antara masjid yang terawal dibina di Kuching. Masjid ini telah wujud sekitar tahun 1830-an dengan menggunakan struktur kayu dan telah melalui beberapa penstrukturan semula. Bagaimanapun, pada tahun 1967, masjid ini telah diroboh dan dibina semula seperti yang ada sekarang dengan beberapa penambahbaikan.

 

Selain maklumat sejarah, para pengunjung turut berpeluang untuk merasai pengalaman berada di dalam masjid secara maya menggunakan augmented reality (AR) dan virtual reality (VR). Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memuji usaha LAKMNS, UNIMAS dan OKSHE memanfaatkan penggunaan teknologi dalam mempromosikan produk pelancongan di negeri ini. Beliau turut menyokong cadangan LAKMNS untuk mewujudkan “Masjid Tour Guide” kerana ia adalah sejajar dengan visi kerajaan untuk memperkenalkan warisan Negeri Sarawak kepada orang ramai.

 

Turut hadir di majlis pelancaran ini adalah YBhg Datu Dr. Sabariah binti Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg Professor Datuk Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sahibul Fadhilah Dato Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak, serta beberapa kenamaan yang lain.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 271
  • |
  • Yesterday 795
  • |
  • This week 1066
  • |
  • This month 16801
  • |
  • Total 706425

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search