iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

Majlis Pelancaran “Scan and Donate”

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengadakan Majlis Pelancaran “Scan and Donate” bertempat di Tingkat 8, Bangunan Baitul Makmur pada hari Selasa, 25 Februari 2020. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Dalam majlis tersebut, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS telah menyarankan Pelancaran “Scan and Donate” tersebut adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah negeri terunggul yang menggunakan transaksi “E-Money”.

Beliau juga menjelaskan bahawa pelancaran “Scan and Donate” ini membuktikan LAKMNS juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi salah sebuah agensi Islam yang terkemuka di dalam dunia digital.

Malah beliau turut melahirkan rasa bangga kerana kini para jemaah dan orang awam boleh menyumbangkan derma atau sedekah secara digital tanpa tunai (“cashless”) melalui imbasan kod QR yang akan dipaparkan di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching.

Adalah menjadi harapan dan iltizam LAKMNS untuk terus menjadi lebih cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dan seterusnya mencapai matlamat untuk menjadi sebuah agensi Islam bertaraf dunia.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah kakitangan-kakitangan LAKMNS dan para rakan media.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 454
  • |
  • Yesterday 855
  • |
  • This week 4139
  • |
  • This month 14899
  • |
  • Total 704523

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search