iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS PERASMIAN LAMAN SESAWANG

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

 

KUCHING - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah melancarkan laman sesawang rasmi bertempat di Tingkat 8, Baitul Makmur pada 16 Disember 2019. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor ,Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Dalam majlis tersebut, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahab bin Haji Abang Julai,Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS telah menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum gimik perasmian oleh Yang berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor.

Antara intipati ucapan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS adalah pembangunan laman sesawang ini diharap menjadi satu jaringan perhubungan antara LAKMNS dengan masyarakat luar khususnya masyarakat Islam di Sarawak.

Beliau juga menjelaskan bahawa pelancaran laman sesawang ini membuktikan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak juga bergerak ke hadapan menuju dunia digital”.

Malah beliau turut melahirkan rasa bangga kerana ini merupakan permulaan yang baik bagi LAKMNS ke arah visi dan misi baharu LAKMNS.

“Lembaga akan sentiasa bergerak ke hadapan sejajar dengan visi baharu Lembaga iaitu Ke Arah Sebuah Badan Amanah Islam yang Bertaraf Dunia “ ujarnya lagi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perancangan masa hadapan LAKMNS juga akan mewujudkan siaran radio digital sebagai salah satu medium perantara masyarakat luar dengan agensi-agensi Islam di Sarawak dan bakal dilancarkan seawal bulan Mac tahun hadapaan.

Rentetan dari ucapan itu, beliau berkata “LAKMNS sentiasa mengalu-alukan program usahasama dengan agensi luar atau sukarelawan yang ingin bersama-sama mengimarah Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching”.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Masyarakat Bahagian Kuching dan para rakan media.

 

MAJLIS PERASMIAN LAMAN SESAWANG

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 606
  • |
  • Yesterday 845
  • |
  • This week 3031
  • |
  • This month 20203
  • |
  • Total 686837

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search