iris radio

IRIS live 10.00 am - 4.00 pm (Monday- Friday)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PENANGGUHAN PROGRAM DAN AKTIVITI ANJURAN LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive



KENYATAAN TERKINI

 

PENANGGUHAN PROGRAM DAN AKTIVITI ANJURAN

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

 

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bertarikh 15 Mac 2020, jam 10.40 pagi yang menggesa agar perhimpunan yang melibatkan orang ramai melebihi 50 orang ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Virus Corona (COVID-19) berlaku.

Oleh yang demikian, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan ini memutuskan bahawa semua program dan aktiviti anjuran LAKMNS bagi bulan Mac 2020 ditangguhkan.

Semua masyarakat dicadangkan agar mematuhi sepenuhnya ‘Standard Operating Prosedure’ pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil wudhu’ di rumah.

Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan atau Pejabat Kesihatan Bahagian berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurusan Masjid-Masjid LAKMNS pada talian 082-428423.

 

PENGURUSAN

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

16 MAC 2020

 

 

 

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 285
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3646
  • |
  • This month 20818
  • |
  • Total 687452

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search