iris radio

IRIS live 10.00 am - 4.00 pm (Monday- Friday)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Seramai 29 kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Kursus “Positive Team Transformation’ Siri 2/2023 LAKMNS, pada 6 dan 7 Jun 2023 bertempat di Lot 10 Boutique Hotel, Kuching.

 

Peserta adalah terdiri daripada kakitangan LAKMNS pelbagai peringkat jawatan dari setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS. Program ini adalah sebagai pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan perubahan positif dalam sikap kerja yang merupakan aset yang paling penting dalam pembangunan organisasi. Pelbagai aktiviti-aktiviti “Latihan Dalam Kumpulan” berkonsepkan “Team-Building” telah dilaksanakan sepanjang program kursus ini yang memfokuskan kepada kerjasama, komunikasi, membuat keputusan, perancangan, pemikiran startegik dan kreatif, kepimpinan serta keupayaan menyelesaikan masalah dan tugasan.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Open University Malaysia (OUM) Kuching telah menganjurkan "Majlis Apresiasi Rakan Strategik OUM" pada Jumaat, 3 Mac 2023 bagi menghargai organisasi, agensi dan rakan-rakan strategik yang bekerjasama dan memberi sokongan kepada OUM.

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) merupakan salah sebuah organisasi yang menjalinkan kerjasama dengan OUM dalam menyediakan latihan profesional pendidikan awal kanak-kanak kepada kakitangan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY).

 

Mulai Semester September 2022 yang lepas, seramai 15 orang kakitangan TATTARY yang terdiri daripada pengurusan TATTARY dan guru-guru telah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di OUM yang dibiayai sepenuhnya oleh LAKMNS.

 

Usaha ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti pendidikan di TATTARY. Sejajar dengan saranan kerajaan yang mensasarkan guru tadika memiliki sekurang-kurangnya diploma pendidikan awal kanak-kanak.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta beberapa pegawai kanan LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 587
  • |
  • Yesterday 739
  • |
  • This week 2121
  • |
  • This month 17856
  • |
  • Total 707480

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search