iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

Majlis Angkat Sumpah Integriti (Integrity Pledge)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Angkat Sumpah Integriti (“Integrity Pledge”) di antara Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah diadakan pada 14 Januari, 2020 (Selasa) di Tingkat 8, Baitul Makmur, Medan Raya, Petrajaya, Kuching. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS dan Tuan Mohd Anuar bin Ismail, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sarawak, kakitangan-kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan juga pegawai-pegawai dari SPRM.

Majlis Angkat Sumpah ini merupakan satu platform untuk membuktikan sokongan dan langkah pro-aktif seluruh warga kerja LAKMNS terhadap usaha pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia serta pematuhan terhadap prinsip integriti, telus dan tadbir urus yang baik.

Melalui majlis ini, kepentingan warga LAKMNS untuk memerangi gejala rasuah di dalam memberi perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat Islam dengan penuh amanah ditekankan dan diharap dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi Islam lain.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 334
  • |
  • Yesterday 737
  • |
  • This week 2397
  • |
  • This month 13157
  • |
  • Total 702781

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search