iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA KARNIVAL SUKAN AGENSI – AGENSI ISLAM TAHUN 2019

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

LAKMNS TAMPIL JUARA KESELURUHAN

 

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah sempena Karnival Sukan Agensi – Agensi Islam tahun 2019 telah diadakan pada Isnin, 9 Disember 2019/ 11 Rabiul Akhir 1441H bermula jam 7.30 malam bertempat di Colosseum Hall, Hotel Pullman Kuching, Sarawak.

Majlis ini melibatkan semua atlet yang mewakili agensi-agensi Islam di Sarawak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan Karnival Sukan Agensi-Agensi Islam tahun 2019 ini. Sebanyak sembilan kumpulan yang mewakili pelbagai agensi Islam telah terlibat berentap dalam kejohanan kali ini.

Kejohanan sukan yang bermula pada Oktober yang lalu ini menjadi lakaran sejarah yang cukup berharga bagi pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Agensi-Agensi Islam 2019. LAKMNS telah berjaya mengungguli kejohanan kali ini dengan pungutan mata sebanyak 94 mata diikuti Kelab Sukan JAIS Ibu Pejabat (KESUJA PAIB) yang meraih 76 mata, 2 mata mengatasi Jabatan Kehakiman Syariah yang memungut 74 mata sekaligus menyandang tempat ketiga.

Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Kementerian Utiliti Sarawak. Turut hadir, Sahibul Fadhillah Dato Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi , Imam Besar Negeri Sarawak, dan Ustaz Haji Khalidi bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi dan telah menyampaikan piala juara keseluruhan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

 

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH  SEMPENA  KARNIVAL SUKAN AGENSI – AGENSI ISLAM TAHUN 2019

 

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH  SEMPENA  KARNIVAL SUKAN AGENSI – AGENSI ISLAM TAHUN 2019

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 336
  • |
  • Yesterday 845
  • |
  • This week 2761
  • |
  • This month 19933
  • |
  • Total 686567

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search